Isi borang, prompt terbina sendiri. Salin prompt, upload bahan anda ke chat Claude, tampal prompt, dan hasilnya siap untuk kelas.
1. Isi borangTulis maklumat kelas dan topik anda. Prompt di sebelah berubah sambil anda menaip.
2. Salin promptTekan Salin. Bahagian kuning ialah ruang yang belum anda isi.
3. Upload dan tampalDalam chat Claude, lampirkan bahan (PDF, Word, gambar), kemudian paste prompt.
Jangan masukkan data murid sebenar.
Nama penuh, nombor kad pengenalan, markah individu dan maklumat keluarga tidak boleh dimasukkan ke chat. Guna nama samaran dan data contoh. Pendedahan data peribadi tanpa kebenaran boleh melanggar PDPA 2010, dan sekolah atau PPD anda mungkin ada peraturan yang lebih ketat. Semak bahan sebelum upload.
1
Kenal Claude
~15 minit
Sebelum guna prompt, kenal dahulu empat tempat yang akan anda guna. Nama menu kadang-kadang berubah. Kalau tak jumpa, cari nama yang hampir sama dalam Settings.
Sidebar dan chat
New chat memulakan perbualan baharu. Satu topik satu chat, jangan campur semua dalam satu chat panjang.
Senarai chat menyimpan perbualan lepas dan boleh dicari.
Model picker ada dalam kotak chat. Model yang lebih kuat sesuai untuk kerja susah. Model yang lebih pantas sesuai untuk kerja ringan seperti meringkas atau menterjemah.
Butang lampiran untuk upload PDF, Word, Excel atau gambar. Ini cara paling pantas untuk beri Claude konteks.
Projects
Project ialah folder untuk satu kerja besar. Semua chat dalam project berkongsi arahan dan fail yang sama. Contoh: satu project untuk Bahasa Inggeris Tahun 5, satu project untuk kerja pentadbiran. Anda akan sediakan arahan project di Bahagian 3.
Artifacts
Bila Claude menghasilkan sesuatu yang panjang atau boleh dilihat (dokumen, halaman web, kod), hasilnya keluar dalam panel di sebelah chat. Panel itu boleh dibuka besar, diedit, dimuat turun dan dikongsi. Nota digital dan game di Bahagian 7 dan 8 keluar sebagai artifact.
Settings yang perlu tahu
Profile / Preferences: cara anda mahu Claude bercakap dengan anda. Tulis sekali, kekal untuk semua chat.
Connectors: sambung Google Drive, Gmail dan Calendar.
Skills: resipi kerja yang Claude simpan.
Memory: Claude ingat perkara penting antara chat. Boleh dihidupkan atau dimatikan.
Akaun sekolah atau KPM. Kalau anda guna akaun Google sekolah, ada kemungkinan pentadbir menyekat sambungan aplikasi luar. Kalau connector di Bahagian 4 gagal, itu mungkin puncanya. Anda masih boleh upload fail terus ke chat.
2
Global Instruction
~10 minit
Langkah yang paling kurang orang buat, tetapi kesannya paling besar. Anda tulis sekali bagaimana Claude patut menjawab, dan dia ikut dalam semua chat. Tak perlu ulang arahan yang sama setiap kali.
Salin hasilnya ke Settings, bahagian Profile atau Preferences.
Borang
Anda guna Claude untuk
Peraturan tambahan
Preferences anda
Jangan salin bulat-bulat. Semak setiap baris. Kalau anda tak buat kerja pentadbiran, buang baris itu, kalau tidak Claude akan anggap anda buat kerja itu.
Preferences bukan untuk simpan rahsia. Jangan letak kata laluan, nombor kad pengenalan atau maklumat sulit di situ.
3
Project pertama
~10 minit
Buat satu Project untuk satu subjek atau satu jenis kerja. Tampal arahan di bawah dalam ruang arahan project. Kemudian upload fail rujukan anda (RPT, DSKP, buku teks) ke dalam project supaya setiap chat boleh merujuknya.
Borang
Peraturan
Arahan project
4
Connector
~20 minit
Connector menyambung Claude dengan aplikasi yang anda sudah guna setiap hari. Selepas disambung, anda boleh suruh Claude cari fail, baca emel atau semak jadual tanpa keluar dari chat.
Baca sebelum sambung.
Bila anda beri kebenaran, Claude boleh membaca kandungan akaun itu bagi pihak anda. Beri kebenaran paling minimum, jangan sambung akaun yang mengandungi data sulit murid atau rekod rasmi, dan putuskan sambungan selepas latihan kalau anda cuma mahu mencuba. Untuk latihan, akaun Gmail peribadi lebih selamat.
Google Drive: cari dan baca fail
Kalau connector gagal, upload fail terus ke chat guna butang lampiran. Hasilnya sama, cuma perlu upload setiap kali.
Prompt
Gmail: baca dan draf jawapan
Draf dahulu, hantar sendiri. Emel yang sudah dihantar tidak boleh ditarik balik, jadi biasakan minta draf sahaja.
Prompt
Google Calendar: semak jadual dan rancang minggu
Kombo tiga connector. Selepas ketiga-tiganya aktif, cuba: "Semak emel minggu ini, keluarkan semua deadline, silang dengan kalendar saya, kemudian beritahu minggu mana saya akan overload." Kerja ini mengambil sejam kalau dibuat manual.
5
Skills
~15 minit
Skill ialah resipi kerja yang Claude simpan. Daripada menaip arahan panjang setiap kali mahu menyediakan RPH atau minit mesyuarat, anda simpan arahan itu sekali sebagai skill. Selepas itu cukup sebut kerjanya, dan Claude tahu format yang anda mahu.
Langkah A: lihat skill sedia ada
Langkah B: suruh Claude bina skill anda
Borang
Mula dengan contoh (pilihan)
Prompt bina skill
Pasang dan uji. Selepas Claude menjana skill, simpan mengikut arahan di skrin. Ujian paling mudah: buka chat baharu dan minta kerja itu dengan ayat biasa. Kalau hasilnya ikut format anda, skill berjalan. Kalau tidak, penerangan skill terlalu kabur, jadi minta Claude tajamkan penerangan itu. Penerangan yang jelas lebih penting daripada arahan yang panjang.
6
Soalan latihan dan skema
~15 minit
Ini kerja guru yang paling kerap. Upload bahan anda dahulu (halaman buku teks, nota, kertas soalan lama), kemudian tampal prompt di bawah. Claude akan guna bahan itu sebagai rujukan, bukan menjawab dari kepala sendiri.
Borang
Jenis soalan
Prompt anda
7
Nota digital
~30 minit
Tukar nota atau slaid sedia ada kepada satu halaman interaktif: ada progress bar, langkah yang dibuka satu demi satu, butang salin dan kemajuan yang disimpan dalam browser. Upload bahan anda dahulu, buang nama murid dan markah sebenar, dan pastikan anda ada hak untuk guna bahan itu kalau ia milik penerbit.
Pilih gaya UI: contoh dan cadangan ikut keadaan
UI ialah rupa: warna, bentuk, gaya. UX ialah rasa bila guna: senang atau menyusahkan. Kalau anda tak sebut apa-apa, Claude memilih rupa yang generik. Tiga soalan sebelum memilih: siapa yang guna, di mana mereka guna (telefon, komputer atau skrin kelas), dan berapa lama setiap kali.
Contoh rupa setiap gaya
Klik satu gaya untuk memilihnya dalam borang di bawah. Ini lakaran mudah untuk menunjukkan perbezaan, bukan tangkapan skrin sebenar.
Keadaan
Gaya dicadangkan
Sebab
Game untuk murid
Claymorphism, Neo-Brutalism
Besar, berwarna, jelas mana yang boleh ditekan
Nota atau bahan bacaan
Minimalist Flat
Bersih, mata fokus pada isi
Kerja harian guru dan staf
Minimalist Flat, Material Design 3
Rupa yang ramai sudah biasa dengan aplikasi Google
Dashboard banyak data
Bento Grid, Dark Executive
Maklumat dikumpul dalam kotak, mudah diimbas
Dipancar di kelas atau dewan
Dark Executive, Minimalist Flat
Kontras tinggi, boleh dibaca dari belakang
Pengguna kurang biasa teknologi
Minimalist Flat
Tiada hiasan yang mengelirukan
Jadual ini cadangan berdasarkan logik reka bentuk, bukan hasil kajian. Cuba dua gaya dan lihat mana yang murid lebih selesa.
Borang
Ciri yang anda mahu
Prompt anda
Lepas siap: minta Claude semak UX
Jangan tunggu murid mengadu. Minta Claude menjadi pengguna pertama yang kritis. Lima perkara yang paling kerap diabaikan: satu skrin satu tujuan utama, butang cukup besar untuk ibu jari (sekurang-kurangnya sekitar 44 piksel), teks dan latar cukup kontras (garis panduan WCAG minta nisbah 4.5 kepada 1 untuk teks biasa), maklum balas selepas setiap tindakan, dan mesej ralat yang memberitahu apa nak buat.
Borang
Prompt semakan UX
Cara minta pembetulan. Jangan minta Claude tulis semula dari awal. Sebut bahagian mana, apa masalahnya dan apa yang anda mahu. Contoh: "bila saya tekan butang salin, tiada apa yang berlaku." Jelaskan apa yang berlaku, bukan sekadar "tak jalan".
8
Game pembelajaran
~25 minit
Game yang boleh dimainkan dalam kelas. Satu fail, buka dalam browser, tiada pemasangan. Boleh dipancar di skrin kelas atau dihantar kepada murid.
Borang
Pilihan
Prompt anda
Tip untuk kelas. Kekalkan mod skrin besar dipilih kalau anda akan pancar game di projektor. Kemudian minta Claude semak UX seperti di Bahagian 7.
9
Setup tool
~25 minit
Hari 2 menggunakan empat tool. Setiap satu ada kerja berbeza, dan ramai orang keliru kerana semuanya berkait dengan nama Claude. Jadual ini menjelaskan siapa buat apa.
Tool
Kerja dalam projek ini
Claude Desktop (chat)
Bincang idea, tulis spec dan flow. Belum sentuh kod.
Cowork
Uruskan folder projek, fail spec dan nota.
Claude Code
Tulis fail sebenar dalam folder projek.
GitHub Desktop
Simpan versi, push ke internet, hidupkan GitHub Pages.
Pasang Claude Code (sekali sahaja)
Jalan A: dalam aplikasi Claude. Kalau anda guna aplikasi desktop Claude, cari bahagian Code di dalamnya. Tak perlu pasang apa-apa dan tak perlu buka terminal. Ini pilihan yang lebih mudah untuk yang tak biasa dengan terminal.
Jalan B: melalui terminal.
Pasang Node.js dari nodejs.org, pilih versi LTS.
Buka Terminal (Mac) atau Command Prompt (Windows).
Taip arahan di bawah, kemudian tekan Enter.
Buat satu folder kosong untuk projek anda.
Masuk ke folder itu dalam terminal, kemudian taip claude.
Ikut arahan log masuk yang keluar.
Arahan pemasangan ini diambil daripada nota asal. Cara pemasangan boleh berubah, jadi semak panduan rasmi Claude Code kalau ia gagal.
Kalau tersangkut semasa pemasangan, jangan bazir masa kelas. Tukar ke Jalan A dan sambung. Masalah pemasangan boleh diselesaikan kemudian.
GitHub Desktop
Pasang GitHub Desktop dari desktop.github.com dan log masuk dengan akaun GitHub.
Buat repository baharu dan pilih folder projek yang sama dengan folder Claude Code.
Selepas itu anda boleh commit untuk simpan versi dan push untuk hantar ke internet.
Repo public boleh dibaca sesiapa. Jangan letak kata laluan, API key atau data sebenar. Sekali dah push, ia kekal dalam sejarah commit walaupun anda padam kemudian.
Fail arahan projek (CLAUDE.md)
Fail ini supaya Claude Code faham projek anda sebelum menulis kod.
Borang
Prompt anda
10
Dari idea ke sistem
~15 minit
Sebelum menulis satu baris kod, ada empat soalan yang perlu dijawab. Kalau tak dijawab, Claude akan meneka bagi pihak anda, dan tekaannya belum tentu apa yang anda mahu.
Soalan 1: Apa flow sistem?
Tulis siapa buat apa, mengikut turutan, termasuk apa yang berlaku bila sesuatu tidak lengkap. Gelung seperti ini yang paling kerap tertinggal bila orang terus minta kod.
Borang
Sertakan
Prompt anda
Contoh flow: sistem permohonan
Perhatikan ada gelung di tengah: permohonan tak lengkap pulang kepada pemohon, kemudian masuk semula.
Soalan 2: Stack apa?
Stack ialah gabungan teknologi yang digunakan. Untuk latihan ini kita guna satu stack supaya semua orang sama.
Lapisan
Guna apa
Sebab
Paparan (frontend)
Satu fail HTML
Buka terus dalam browser, tiada pemasangan
Logik (backend)
Google Apps Script
Percuma, tak perlu server sendiri
Simpanan (database)
Google Sheets
Anda sudah biasa guna, boleh dibuka dan dibetulkan sendiri
Hosting
GitHub Pages
Percuma, ada pautan untuk dikongsi
Soalan 3: Database macam mana?
Google Sheets menjadi database. Satu tab untuk satu jenis rekod, dan baris pertama jadi nama kolum. Untuk sistem permohonan, tiga tab sudah cukup:
Had yang perlu tahu. Google Sheets bukan database sebenar. Mengikut nota asal, di bawah kira-kira 10,000 baris ia masih laju, dan selepas kira-kira 50,000 baris ia mula perlahan kerana Apps Script membaca seluruh sheet setiap kali mencari satu rekod. Angka ini anggaran kasar dan belum saya sahkan sendiri. Untuk sistem sekolah, had ini jarang tercapai.
Soalan 4: Publish di mana?
Dua bahagian perlu dinaikkan:
Fail HTML naik ke GitHub Pages. Ini yang orang nampak.
Apps Script di-deploy sebagai web app. Ia yang menyimpan dan mengambil data, dan duduk di Google, bukan di GitHub.
Kedua-duanya mesti hidup. Fail HTML akan memanggil URL Apps Script untuk mendapatkan data.
Masalah CORS yang akan datang. Bila paparan di GitHub Pages memanggil Apps Script, semua panggilan mesti guna Content-Type: text/plain;charset=utf-8. Kalau guna application/json, browser menghantar permintaan OPTIONS dahulu, Apps Script tidak menjawabnya, dan anda dapat CORS error walaupun kod betul. Prompt di Bahagian 11 sudah memasukkan syarat ini.
11
Bina dashboard
~50 minit
Kita bina dashboard peribadi atau untuk team, ada kalendar perancangan dan pengurusan tugasan (task). Data modelnya kecil, jadi sempat disiapkan dan boleh terus digunakan.
Langkah 1: Rangka dahulu, kod kemudian
Prompt ini tidak meminta kod. Ia meminta rancangan. Baca rancangan itu, betulkan apa yang salah, barulah suruh Claude mula bina. Pilihan gaya UI dan ciri mesra pengguna di sini turut digunakan dalam prompt paparan di Langkah 3.
Borang
Modul
Ciri mesra pengguna
Prompt perancangan
Langkah 2: Bina ikut peringkat
Jangan minta semua sekali gus. Peringkat pertama bukan skrin cantik, tetapi satu fungsi yang membina semua tab dan header dalam Google Sheets secara automatik. Kalau struktur Sheet tidak sama dengan apa yang kod jangka, semuanya akan rosak kemudian.
Prompt Peringkat 1: fungsi setup
Kali pertama Run fungsi setup, Google akan minta kebenaran, kemudian satu lagi skrin yang tertulis "Google hasn't verified this app". Ini biasa kerana script itu anda sendiri yang tulis. Klik Advanced, kemudian Go to (nama projek). Baca dahulu apa yang script minta akses sebelum benarkan.
Langkah 3: Paparan
Bila Peringkat 1 sudah berjalan dan anda sahkan, barulah guna prompt ini. Ia mengikut gaya UI dan pilihan UX yang anda tetapkan di Langkah 1. Mahu tukar gaya? Ubah pilihan di borang Langkah 1 dan prompt ini berubah sama.
Prompt Peringkat 2: paparan
Lepas paparan siap, minta Claude semak UX guna prompt semakan UX di Bahagian 7 (tab Hari 1). Lima minit di sini selalunya jumpa benda yang tak perasan.
12
Semak keselamatan
~10 minit
Buat semakan ini sebelum sesiapa guna sistem anda. Kalau sistem menyimpan data murid, staf atau orang awam, anda bertanggungjawab di bawah PDPA 2010. Sistem yang bocor bukan masalah teknikal sahaja, ia juga masalah undang-undang. Semak juga dasar sekolah atau PPD anda.
Lima perkara yang mesti disemak
Kunci dan rahsia dalam kod. Kata laluan, API key, pautan pangkalan data. Jangan tulis terus dalam fail yang boleh dibaca orang.
Sekatan di browser tidak sah. Kalau butang admin cuma disembunyikan di skrin, orang masih boleh capai fungsinya. Sekatan mesti di server.
Kata laluan tidak disimpan sebagai teks biasa. Mesti dihash.
Siapa boleh lihat apa. Ahli team patut nampak tugasan dia sahaja, bukan semua orang.
Backup. Kalau data hilang esok, adakah anda ada salinan?
Prompt audit keselamatan
Audit ini membantu, tetapi bukan jaminan. Kalau sistem anda akan menyimpan data sebenar ramai orang, minta orang yang arif menyemaknya sebelum digunakan.
13
Publish
~20 minit
Dua bahagian perlu dinaikkan: Apps Script sebagai web app, dan fail HTML ke internet. Ikut turutan ini, Apps Script dahulu, kerana anda perlukan URLnya untuk dimasukkan dalam fail HTML.
Semak sebelum push. Pastikan tiada kata laluan, API key atau data sebenar tertinggal dalam fail. Sekali masuk GitHub awam, anggap ia sudah bocor selamanya, walaupun anda padam kemudian.
Bahagian A: Deploy Apps Script
Dalam Google Sheet anda, klik Extensions, kemudian Apps Script. Pastikan kod sudah ada dan fungsi setupSistem sudah di-Run sekali.
Klik Deploy, kemudian New deployment, ikon gear, dan pilih Web app.
Execute as: Me. Who has access: pilih mengikut keperluan. Pilihan Anyone bermaksud sesiapa yang tahu pautan boleh memanggilnya, jadi jangan guna untuk data sensitif.
Klik Deploy dan salin URL web app.
Buka fail HTML anda dan letakkan URL itu pada pembolehubah URL Apps Script di bahagian atas skrip.
Setiap kali anda ubah kod Apps Script, deploy semula. Kalau tidak, URL lama masih menjalankan kod lama. Guna Deploy, Manage deployments, ikon pensel, Version: New version, kemudian Deploy. Cara ini mengekalkan URL yang sama.
Bahagian B: Push ke GitHub Pages
Pastikan fail utama anda bernama index.html.
Buka GitHub Desktop. Anda akan nampak senarai fail yang berubah.
Tulis mesej ringkas di kotak bawah kiri, contohnya versi pertama, kemudian klik Commit to main.
Klik Publish repository atau Push origin di bahagian atas.
Buka repo anda di github.com, pergi ke Settings, kemudian Pages.
Di bawah Source, pilih branch main, folder / (root), dan klik Save.
Tunggu satu dua minit. Pautan anda akan keluar di halaman itu.
Kalau pautan beri error 404 pada mulanya, tunggu seminit dan refresh. Kalau selepas lima minit masih 404, semak sama ada fail betul-betul bernama index.html dengan huruf kecil.
Pilihan lain: Cloudflare Pages
Kalau anda tidak mahu guna GitHub, Cloudflare Pages ada pilihan upload terus (Direct Upload). Letak index.html dalam satu folder, seret ke Cloudflare Pages, dan anda dapat pautan .pages.dev. Bahagian ini tiada dalam nota asal, jadi semak langkah semasa di laman Cloudflare.